MASA KECIK2 SIRI KEEMPAT BELAS
KISAH ABANG SULUNG MASUK ' JAWI '
Telah banyak peristiwa yang aku kisahkan dalam siri2 terdahulu. Itu pun bergantung kepada daya ingatan aku kerana kisah2 tersebut sebahagiannya telah banyak yang aku lupa. Namun kisah2 yang memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan aku memang susah untuk dilupakan.
Kali ini aku nak kisahkan abang sulung aku ' masuk jawi '. Tahunnya aku tak ingat, yang aku ingat secara balam2 tok mudimnya aku panggil ' Tok Yeh', kira masih ada hubungan saudara dengan aruah ayah. Mungkin nama penuh dia Idris. Aku masih ingat Tok Yeh mempunyai misai melentok macam misai pelakon A Galak, tapi misai Tok Yeh berwarna putih dek uban 100%. Tok Yeh tak pernah senyum. Kalau bertemu dengan kanak2 dia menggerak-gerakkan misainya ke atas ke bawah. Apa lagi kanak2 akan menjerit/menangis dan terus lari terutama bila tahu Tok Yeh tukang kerat anu budak. Aku tak terkecuali, asal jumpa Tok Yeh dia gerak-gerakkan misai dan ditambah pula dengan kedua-dua tangannya macam orang sedang memotong sesuatu. Masa tu aku tidaklah takut sangat kerana masih kecil, jauh lagi nak' masuk jawi'.
Tok Yeh datang ke rumah pada suatu pagi untuk potong' anu' abang sulung aku . Yang aku ingat abang sulung aku didudukkan di atas belahan batang pisang, bertelanjang bulat . Aruah ayah memegang belakang abang, takut dia lari kot. Tapi sebenarnya aruah ayah pegang belakang abang supaya abang kuat semangat dan tidak rasa takut. Aku berdiri di tepi pintu bilik sambil memerhati apa yang dilakukan oleh Tok Yeh dari jauh. Aku tak nampak apa sebenarnya yang dibuat oleh Tok Yeh selepas itu. Yang aku tahu kemudiannya abang mengeluh kesakitan dan mukanya pucat. Rupa2nya anunya sudah dipotong oleh Tok Yeh. Tak lama lepas tu abang berdiri, memakai kain sarung dan berjalan ngangkang. Aku tak nampak anunya. Yang aku nampak ialah 'kulit kepala' anunya yang sudah dipotong dan disarungkan ke hujung sepotong kayu sebesar ibu kaki yang panjangnya kira2 sehasta. Dengan itu selesailah sudah upacara memotong anu yang kita kenali sebagai berkhitan, bersunat atau berjawi mengikut istilah orang kampung aku. Berapa upah yang aruah ayah bayar kepada Tok Yeh, aku tak taulah. Mungkin 5 rial kot.
Aku terpikir juga bagaimana agaknya bila tiba masa untuk aku pula yang kena duduk di atas batang pisang untuk melalui proses yang sama seperti yang abang sulung aku lalui itu. Tentu menggerunkan bila tok mudimnya Tok Yeh.
Sebenarnya pada waktu itu semua budak2 kampung aku bersunat dengan tok mudim kampung termasuk aku sendiri yang aku alaminya beberapa tahun kemudiannya, tetapi bukan dengan Tok Yeh kerana bila tiba giliran aku untuk bersunat, Tok Yeh sudah lama meninggal. . Nak kata ada kelebihan bersunat dengan tok mudim kampung tak taulah pula. Tapi yang jelas bersunat cara kampung memang menggerunkan kerana: Pertama, kena duduk di atas belahan batang pisang. Anu yang nak dipotong akan dikepit dengan pengepit tembaga dan pengepit ini dicucukkan ke batang pisang. Jadi budak yang nak dipotong anunya dah tak boleh nak bergerak kerana anunya sudah terlekat di pengepit dan pengepit itu pula terpacak di batang pisang. Kedua, bersunat cara kampung tidak menggunakan ubat bius. Sakitnya memanglah sakit waktu dipotong dan waktu dikoyak kulit kalau kulit terlekat di 'kepala'. Ketiga, mungkin peralatan mudim tidak steril. Ubat yang digunakan adalah ubat air berwarna kuning, tapi mujarab. Apapun, tak adalah pula kes2 luka tak sembuh atau tersalah potong. Cuma tempoh penyembuhan luka adalah lama dan banyak pantang larang dari segi pemakanan dan pergerakan.
Pada waktu itu tidak ada budak2 kampung aku yang bersunat di hospital atau di klinik seperti sekarang ini. Ada teori mengatakan sesiapa yang bersunat di hospital, nanti ' anu'nya boleh jadi lemah dan tidak tegang kerana kesan bius. Mungkin yang berteori begini tok2 mudim juga kerana takut hilang mata pencarian mereka.
Namun apa teori sekalipun, waktu dulu2 memang tok mudim kampung merupakan orang yang disegani oleh orang dewasa dan ditakuti oleh budak2. Apa tidaknya nampak saja tok mudim melintas kampung, budak2 yang sedang seronok bermain, akan lari lintang pukang kerana takut anunya dipotong. Nampak basikal tok mudim pun lutut sedah bergetar. Yang lucunya kita budak2 boleh kenal itu basikal tok mudim.
Berbalik kisah Tok Yeh , seingat aku waktu beliau menjadi tok mudim kepada abang sulung aku, beliau sudah berumur. Mungkin abang sulung aku adalah di antara pelanggan2nya yang akhir. Selepas itu beliau tidak lagi menjadi tok mudim kerana umurnya yang lanjut, tangannya sudah terketar2, takut nanti tersalah potong pula. Beliau meninggal awal tahun 60an.
awwwwwwwww................
ReplyDeleteehhhhhhhhhhh...ada update laaaaaaaaaaaaaa..vavavahhhh
ReplyDelete