Sunday, 24 April 2011

MASA KECIK2 SIRI SEMBILAN


Mungkin ada yang nak tanya apa jenis permainan budak2 masa dulu2 di kampung. Sebenarnya banyak permainan yang aku dan kawan2 suka lakukan pada masa dulu, waktu kecik2. Tapi yang jelasnya tak ada jenis permainan yang boleh kita orang main sorang2. Tak macam sekarang, permainan ' game' yang disukai oleh budak2 sekarang boleh dimain secara sendirian tanpa perlu kawan.

Permainan dulu2 banyak berkait dengan keadaan sekitar kita, yakni permainan yang bergantung kepada apa yang ada di sekeliling kita. Umpamanya permainan yang berkait dengan biji buah getah seperti berlaga buah getah  dan congkak ( untuk budak2 perempuan) . Kemudian ada permainan berkait dengan getah ikat( rubber band) seperti main tikam2. 

Kadang2 main dekcok, main guroh, main berambat, nusuk, hingguk batang nyiur tumbang, berlaga semut, tuju lubang, bidas burung, cari belalang dan banyak lagi yang aku pun dah tak berapa ingat. Yang jelas memang sangat enjoy, kadang2 lewat petang baru balik ke rumah. Kemudian kena prepare jawapan yang munasabah untuk mengelak dari dimarah oleh arwah ayah.

Kalau musim menuai padi, aku dan kawan2 suka ke sawah, kita orang main kejar belalang. Yang favorit adalah belalang ' lembu' sebab saiz dia besar dari belalang lain. Kadang2 berebut belalang hingga putus kepala belalang dan ada kalanya putus perut dia. Semua melepas. Belalang yang aku dapat tangkap, aku masukkan ke  dalam botol oren, bawa balik ke rumah , buang sayap, tarik kepala dia dengan perut2 sekali, masuk garam kunyit , goreng dan makan dengan nasi panas. Enak.

Kalau musim padi belum masak, aku suka juga ke sawah cari ikan dengan cara kail, tahan taut, tahan tuai, tahan lei, bubu , temila dan macam2 lagi. Kalau perian 'ikan naik atau' ikan turun' memang sangat seronok. Sebabnya  ikan2 seperti puyu, sepat, seluang suka main atas batas sawah, jadi aku tangkap begitu saja tanpa menggunakan sebarang alat. Kadang2 boleh dapat hampir secupak ikan2 kecik dan besar. Ikan2 tersebut
biasanya arwah emak buat masak  lemak, goreng atau pais.

Wednesday, 23 March 2011

MASA KECIK2 SIRI LAPAN

Ingat tak cerita pokok sawo nilo yang banyak di depan rumah aku itu? Ya , pokok sawo nilo itu rajin sekali berbuahnya. Tak kira musim. Buah2 yang dah tua kita orang petik, kemudian peram dalam tempayan 'spare' yang arwah emak tak pakai untuk simpan air atau untuk 'jeruk' buah pinang. Memeram buah sawo nilo ni kena tau tekniknya, tak boleh guna sebarang daun untuk dibuat penutup tempayan. Biasanya aku guna daun getah atau daun 'napir'. Pantang guna daun pisang takut nanti sawo nilo tak masak , jadi 'kerang'. Agaknya daun getah atau daun napir banyak release agas 'acytelene' { C2H2 }yang membantu proses pemeraman. Biasanya tiga malam tempayan sudah boleh dibuka dan sawo nilo dah cukup masak untuk dimakan.

Kalau berlebih, kadang2 arwah emak suruh  jual sawo nilo tersebut kepada jiran2 yang berminat. Kalau tak silap, aku  jual 10 biji untuk 10 sen. OK lah tu untuk standard kampung pada waktu itu. Ada seorang jiran yang aku panggil Tok Esoh Tuli, dia ni suka beli buah sawo nilo yang belum diperam. Jadi kenalah jual lagi murah, 15 biji untuk 10 sen. Katanya nak peram sendiri. Pandai dia. Tok Esoh Tuli ni seperti juga Wak Limoh, suka berkemban bila  datang ke rumah aku ketika nak beli sawo nilo. Satu perkara yang istimewa Tok Esoh tuli ni, dia selalu sangat 'histeria' terjerit terlolong bila datang menjenguk sesiapa saja orang kampung yang sakit demam. Tak tau lah apa masalah dia. Orang lain yang sakit dia pula yang menjerit.

Ada satu mitos orang kampung berkait buah sawo nilo. Bila makan kena hati2, takut tertelan bijinya. Kalau tertelan biji dia, lama2 akan tumbuh dalam perut dan anak pokok  sawo nilo akan tumbuh melalui mulut. Masa itu aku tak dapat bayangkan jika  ada pokok yang tumbuh dalam perut lalu daun2 dan pucuknya keluar ikut mulut. Memang takut yang amat sangat. Sebenarnya orang tua suruh kita berhati2 bila makan, jangan gelojoh sebab biji sawo nila ni  besar ukurannya,keras dan bentuknya berbucu agak tajam.  Bukan macam biji jambu yang kecik2, boleh telan walau banyak manapun, tapi 'torture' dibuatnya  bila   nak keluar nanti.

Sunday, 13 March 2011

MASA KECIK2 SIRI TUJUH

Arwah ayah untuk menambahkan pendapatan sekali sekala buat ' nyiur kering ' atau kopra. Arwah ayah beli buah2 nyiur di pokok dari orang kampung, masa itu 10 sen sebiji. Kena upah pula Jusuh Beruk untuk petik. Yang panjat kelapa bukan Jusuh, tapi beruk dia. Aku lupa berapa upahnya. Yang aku masih ingat arwah ayah beli kelapa secara hutang, dibayar bila dah jual 'nyiur kering'nya.
Kadang2 seronok juga bila kena tolong arwah ayah punggut buah2 kelapa untuk dibawa ke tempat menyalai di depan rumah kita orang. Kudrat aku masa itu hanya mampu angkut sebiji kelapa saja sekali angkut. Time pecahkan buah kelapa paling seronok sebab nak cari buah kelapa yang ada 'tumbung', boleh makan. Isi kelapa yang dah dikopek disalai di atas penyalai. Satu minggu sudah jadi 'nyiur kering', masuk guni jalur dan panggil Cina Kota Bharu yang datang beli dan muat dalam van. Dari hasil jualan yang tak seberapa dengan sedikit untung,   arwah ayah belilah  apa2 keperluan dapur dan benda2 lain untuk kegunaan sekeluarga.

Dengan pendapatan arwah ayah yang tak seberapa itu, dapatlah menghantar kakak kedua yang aku panggil "Kak Nik" untuk bersekolah di Sekolah Arab Naim Lilbanat di Kota Bharu. Mengikut Kak Nik, waktu aku dalam dukungan, mungkin sebelum berumur setahun, beliau sudahpun belajar di sekolah Naim, aku kira tahunnya 1953.  Kak Nik tinggal bersama rakan2 ssatu sekolah, menyewa pondok kayu di sebelah rumah Haji Nik Yahya di Jalan Kelocor seperti yang aku kisahkan sebelum ini. 

Kerap juga arwah ayah  berbasikal ke tempat Kak Nik untuk hantar beras, kelapa dan kayu api dan mungkin sedikit duit saku. Kalau arwah ayah tak ke tempatnya,  Kak Nik akan balik di hujung minggu untuk ambil bekalan ration tersebut. Bila Kak Nik balik, aku paling seronok sebab sudah tentu dia akan bawa ole2 dari Kota Bharu kegemaran aku seperti 'biskut hancur ', jagung rebus, kacang rebus dan kadang2 buah pauh siam. Itu saja yang Kak Nik mampu beli. Itu pun mungkin Kak Nik berjimat yang amat sangat dari wang sakunya supaya dapat menggembirakan adiknya ini yakni AKU.  Thank you very very much Kak Nik.. Semoga Allah swt selalu merahmati Kak Nik

Kakak sulung dan kedua2 abang hanya bersekolah sekerat jalan saja. Habis sekolah rakyat di kampung , kakak sulung tak sambung ke mana2 walaupun mengikut ceritanya sendiri kepada aku, kakak sulung yang aku panggil Kak Wan layak untuk memohon memasuki kolej yang melatih guru2 perempuan  Melayu. Kedua2 abang pula hanya belajar separuh  jalan saja  di  Maahad Muhammadi Kota Bharu. Aku tak pasti kenapa mereka berdua berhenti belajar, mungkin gagal dalam peperiksaan atau  memang dah  tak berminat.

Wednesday, 9 March 2011

MASA KECIK2 SIRI ENAM

Keluarga aku bukanlah orang berada, cukup2 makan. Arwah ayah tak ada pendapatan tetap. Beliau hanya guru agama kampung, guru Quran di rumah, imam solat dan semuanya TAK BERGAJI.  Tapi aku tetap ingat arwah ayah tak pernah mengeluh walau kadang2 memang tak ada duit satu sen pun dalam tangan. Punca pendapatan yang sememangnya tak seberapa dan tak menentu datangnya dari upah menajahit, jualan hasil2 pertanian bermusim seperti  rambutan , sayur2 , ubi, halia dan sebagainya. Tapi kami tak pernah kebuluran kerana beras sentiasa ada kerana padi tanam sendiri. Inilah apa yang disebut subsistence agriculture' atau pertanian cukup makan. 

Arwah ayah anak lelaki tunggal dalam keluarga tiga beradik. Tapi adik2 ayah yakni emak2 saudara, aku tak sempat mengenali mereka kerana mereka meninggal muda. Arwah datuk juga tak sempat aku kenal , beliau meninggal sebelum aku dilahirkan. Yang aku sempat kenal dan sempat bermanja ialah arwah nenek yang aku panggil 'tok'. Beliaulah yang aku cerita pasal gobek dalam siri pertama yang lalu. Tok meninggal dalam tahun 1968. Sepupu2 aku sebelah ayah ada tiga orang saja, dua dah meninggal.

Arwah ayah pada usia remajanya  dihantar mengaji agama di Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum Perang Jepun. Beliau ada  kenalan orang2 Kota Bharu pada waktu itu yang sama2 mengaji dengan beliau . Antara kawan beliau yang aku masih ingat ialah Haji Nik Yahya iaitu pengasas sekolah Naim Lilbanat Kota Bharu. Kalau ke Kota Bharu bersama arwah emak, kita orang singgah di rumah Haji Nik Yahya di Jalan Kelocor. Rumahnya besar, rumah batu dua tingakat. Aku suka ke sana sebab boleh main air paip dan main on off on off lampu elektrik.  Pada waktu itu bandar Kota Bharu sebahagiannya bertumpu di kawasan tepi sungai Kelantan di antaranya kawasan yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Kawasan Kubang Pasu, jalan Merbau, jalan Kelocor dan yang berhampiran dengannya. Jadi mereka yang berasal dari kawasan2 ini dipanggil orang 'hilir' atau orang bandar ,  lain2 itu orang 'darat' atau kampungan macam orang kampung akulah .

Lepas belajar di Masjid Muhammadi, kalau tak silap aku, arwah ayah sambung di pengajian pondok arwah datuk sebelah emak. Kemudian berkahwin dan seterusnya bersama arwah emak berangkat ke Mekah untuk selama dua tahun sepertimana yang aku kisahkan dalam siri sebelum ini.

Saturday, 5 March 2011

MASA KECIK2 SIRI LIMA

Aku tak pasti sejak umur berapa aku mula mengingati kisah2 yang berlaku di sekeliling ku yang aku jadikan bahan untuk siri masa kecik2 yang sedang kau orang baca ini. Yang jelas, perkara2 yang berkesan di hatilah yang tetap aku ingat dan dijadikan bahan utama dalam kisah2 bersiri  ini.

Ya,  aku masih ingat pasal keadaan sekitar rumah aku.' Baiti jannati'. Di depan rumah banyak pokok2 buah2an yang jarang2 ditemui di rumah2 orang lain. Tak taulah mungkin arwah ayah suka menanam pokok2 yang jarang2 ditanam orang lain atau memang sebelumnya telah ditanam oleh arwah datuk sebelah emak.

Pokok2 buah2an yang masih aku ingat : setiar iaitu segenus dengan sentul, gelugur tapi liat nak berbuah. Satu ketika aku masih ingat bila peristiwa bulan gerhana, tahun tak ingat, kita orang takik2 batang gulugur supaya  berbuah. Tapi tak juga berbuah. Yang aku ingat kemudiannya arwah ayah tebang pokok gelugur tersebut. , katanya buat menyemak saja. Kemudian ada juga pokok katak puru, limau bali, sawo nilo, limau manis yang buahnya masam bedohong. Dekat telaga pula ada sebatang pokok kawo. Pokok kawo adalah pokok kopi, tapi orang kampung aku sebut kawo, diambil dari nama Arab ' qohwa' yang telah diKelantankan..

Satu perkara yang sangat ketara dalam pembinaan rumah2 di kampung aku iaitu boleh dikatakan semua rumah dibina mengadap ke sebelah timur, yakni  sebelah matahari naik. Senang nak tentukan arah kiblat, Betul juga alasannya. Bila disebut di depan rumah berarti di sebelah timur rumah. 

Berdekatan dengan rumah aku,  terletak surau arwah datuk. Binaannya sederhana saja, dari kayu, yang simen cuma kolah tempat ambil wuduk.  Surau kita orang panggil 'balassoh'. Aku tak tau macam mana orang kampung aku panggil surau  tu balassoh. Entah  dari bahasa apa. Sanskrit kot! Datuk aku namanya Tuan Guru Haji Wan Ismail, pernah mengaji di Mekah 23 tahun kalau tak silap. Beliau beristeri dua. Arwah emak anak kedua dari isteri pertama. Arwah datuk buka sekolah pondok. Salah seorang murid kepercayaanya adalah arwah ayah aku. Agaknya sebab itulah diambil arwah ayah jadi menantunya. 

Masa kecik2 sehingga berumur enam tahun, aku anak manja emak sebab aku anak laki bungsu dan masa itu belum ada adik Aku ingat2 lupa bahawa aku masih menetek walau dah  besar, agaknya masa itu umur dah empat tahun.
 

MASA KECIK2 SIRI EMPAT

Bercerita mengenai rumah  aku  yang tak ada jamban itu, binaannya sangatlah sederhana. Rumah kayu tipikal rumah kampung di Kelantan waktu itu iaitu mesti bertiang, tapi taklah sampai seribu. Lantai kayu, dinding kayu, bahagian dapur dinding dari buluh yang dianyam, tak ada celing terus nampak bata genting yang jenis tipis popular di Kelantan dan selatan Thai.

Ada pula bahagian 'open air' dalam rumah yang dipanggil 'jemuran'. Lantai jemuran ini dibuat dari belahan batang nibung atau batang pinang. Sekali sekala kaki aku  terjerlus bila susunannya tidak rapat. Fungsi jemuran: tempat arwah emah jemur padi yang dibentangkan dalalm belulang lembu, tempat letak tempayan2 yang diisi  air dari perigi atau air hujan untuk cuci kaki, basuh pinggan dan AIR MINUM. Kalau nak kencing di waktu malam, kami kencing atas jemuranlah. Di bawah jemuran selalu ada  air bertakung, kotor dan berwarna hitam, aku panggil ' air ca' . Walaupun kotor, kalau terjatuh sudu atau apa saja hatta kalau ikan yang sedang disiang sekalipun ke dalamnya, terpaksa aku kena turun ambilkan.

Perabut yang ada hanya jenis murah iaitu sebuah lemari pakaian, sebuah lemari untuk menyimpan kitab2 agama arwah ayah, sebuah mesin jahit Singer antik, katil dan meja tulis made in kampung Tapang.

Ruangan dapur hanya didindingi oleh dinding dari buluh yang dianyam, senang untuk arwah emak gantung senduk, sodek,  periuk dan sebagainya. Tinggi dinding buluh ini tidaklah sampai ke perabung, jadi ada ruang kosong yang jadi laluan angin. Bila malam' airy' macam ada aircon!. Tapi kalau hujan tentu tempias. Pada satu malam ada seekor burung hantu datang bertenggek kat atas dinding buluh ini, agaknya nak cari tikus yang banyak di bawah dapur. Walaupun ia singgah sekejap terkejut sakan kita orang, kebetulan waktu itu arwah ayah tiada di rumah,  sedang bermusafir ke Kedah. Nasib baik burung saja , kalau dibawanya hantu sekali tak tau nak jadi apa!

Arwah emak masak menggunakan  dapur kayu yang dibuat berbentuk seperti meja empat segi. Di atas dapur penuh dengan abu dan arang, kadang2 sempat juga kucing berak di atasnya.  Di bawah dapur tempat simpan kayu api, sebab itu banyak tikus.

Di sebelah ruang dapur ada satu ruang khas dengan dinding bilah kayu jenis murah yang disusun jarang2 untuk tempat budak2 kampung belajar  ngaji Quran. Budak2 yang datang ngaji kena angkut air dari perigi/telaga  terlebih dulu, penuhkan tempayan2  baru boleh masuk ngaji,  sebab itu air tempayan selalu tak kehabisan hingga kadang2 sempat jadi tempat jentik2 berenang.

Di bawah rumah atau kolong dijadikan tempat   simpan basikal unta arwah ayah, tempat pengisar padi, ada reban ayam itik dan tempat tambat lembu bila  malam.

Di depan rumah ada sebuah pondok kecil bertiang empat dan dibuat sepenuhnya dari kayu serta beratapkan zinc. Itulah rumah padi atau baloh iatu tempat simpan padi lepas musim menuai. Kalau di Amerika orang panggil silo!. Di bawah baloh penuh dengan taik kambing kerana disitulah juga tempat tambat kambing dan biri2 bila malam.

Thursday, 3 March 2011

MASA KECIK2 SIRI TIGA

Mungkin ada yang nak tanya macamana aku boleh ceritakan kisah2 lama berkenan perjalanan kedua2 orang tua aku ke Mekah tahun 1930ah dahulu, sedangkan mereka berdua sedah lama pulang ke rahmatullah. Sebenarnyaa semua cerita2 ini , setakat mana yang aku masih ingat , adalah kisah2 yang arwah emah pernah ceritakan kepada aku  50 tahun dahulu, semasa aku masih kecil dan masih tinggal bersama mereka di kampung. Bila berumur sebelas tahun aku tidak lagi tinggal bersama mereka di kampung, aku tinggal bersama kakak iaitu setelah bersekolah di bandar Kota Bharu .Bab ini akan aku ceritakan khusus dalam siri akan datang.  Arwah emak bila bercerita pasal Mekah atau apa saja berkaitan dengan Mekah, beliau akan teruja dan penuh bersemangat, kalau demam pun boleh kebah. Maklumlah pada masa itu mereka berdua saja yang dah berhaji selain arwah datuk dan arwah nenek.
Aku masih ingat, kalau ada anak2 gadis kampung yang nak khatam Quran , arwah emak akan dijemput  hadir untuk pakaikan pakaian haji kepada gadis tersebut , siap denagn tudung kepala hajjah , jubah dan sebagainya. She really enjoyed doing this .  Agaknya kalau beliau masih ada waktu anak aku Dr Elyn khatam Quran sebelum dinikahkan dengan Dr Wan Azdi  dalam tahun 2004 dulu, sudah tentu beliau akan lakukan perkara yang sama.