Aku tak pasti sejak umur berapa aku mula mengingati kisah2 yang berlaku di sekeliling ku yang aku jadikan bahan untuk siri masa kecik2 yang sedang kau orang baca ini. Yang jelas, perkara2 yang berkesan di hatilah yang tetap aku ingat dan dijadikan bahan utama dalam kisah2 bersiri ini.
Ya, aku masih ingat pasal keadaan sekitar rumah aku.' Baiti jannati'. Di depan rumah banyak pokok2 buah2an yang jarang2 ditemui di rumah2 orang lain. Tak taulah mungkin arwah ayah suka menanam pokok2 yang jarang2 ditanam orang lain atau memang sebelumnya telah ditanam oleh arwah datuk sebelah emak.
Pokok2 buah2an yang masih aku ingat : setiar iaitu segenus dengan sentul, gelugur tapi liat nak berbuah. Satu ketika aku masih ingat bila peristiwa bulan gerhana, tahun tak ingat, kita orang takik2 batang gulugur supaya berbuah. Tapi tak juga berbuah. Yang aku ingat kemudiannya arwah ayah tebang pokok gelugur tersebut. , katanya buat menyemak saja. Kemudian ada juga pokok katak puru, limau bali, sawo nilo, limau manis yang buahnya masam bedohong. Dekat telaga pula ada sebatang pokok kawo. Pokok kawo adalah pokok kopi, tapi orang kampung aku sebut kawo, diambil dari nama Arab ' qohwa' yang telah diKelantankan..
Satu perkara yang sangat ketara dalam pembinaan rumah2 di kampung aku iaitu boleh dikatakan semua rumah dibina mengadap ke sebelah timur, yakni sebelah matahari naik. Senang nak tentukan arah kiblat, Betul juga alasannya. Bila disebut di depan rumah berarti di sebelah timur rumah.
Berdekatan dengan rumah aku, terletak surau arwah datuk. Binaannya sederhana saja, dari kayu, yang simen cuma kolah tempat ambil wuduk. Surau kita orang panggil 'balassoh'. Aku tak tau macam mana orang kampung aku panggil surau tu balassoh. Entah dari bahasa apa. Sanskrit kot! Datuk aku namanya Tuan Guru Haji Wan Ismail, pernah mengaji di Mekah 23 tahun kalau tak silap. Beliau beristeri dua. Arwah emak anak kedua dari isteri pertama. Arwah datuk buka sekolah pondok. Salah seorang murid kepercayaanya adalah arwah ayah aku. Agaknya sebab itulah diambil arwah ayah jadi menantunya.
Masa kecik2 sehingga berumur enam tahun, aku anak manja emak sebab aku anak laki bungsu dan masa itu belum ada adik Aku ingat2 lupa bahawa aku masih menetek walau dah besar, agaknya masa itu umur dah empat tahun.
SAYE BERMINAT !!!!
ReplyDeletesila sila...sila buat siri 6
ReplyDeletestill waiting for siri 5..mana ?? mana ??
ReplyDeletewahhhh...got improvement...hehehe..OMG...u meneteksss until 4 y.o ?? ohhhh...latoksss aaaa~
ReplyDeleteye kerrrrrrrr until 4 y.o????
ReplyDeletelalalalalalalalala....