Keluarga aku bukanlah orang berada, cukup2 makan. Arwah ayah tak ada pendapatan tetap. Beliau hanya guru agama kampung, guru Quran di rumah, imam solat dan semuanya TAK BERGAJI. Tapi aku tetap ingat arwah ayah tak pernah mengeluh walau kadang2 memang tak ada duit satu sen pun dalam tangan. Punca pendapatan yang sememangnya tak seberapa dan tak menentu datangnya dari upah menajahit, jualan hasil2 pertanian bermusim seperti rambutan , sayur2 , ubi, halia dan sebagainya. Tapi kami tak pernah kebuluran kerana beras sentiasa ada kerana padi tanam sendiri. Inilah apa yang disebut subsistence agriculture' atau pertanian cukup makan.
Arwah ayah anak lelaki tunggal dalam keluarga tiga beradik. Tapi adik2 ayah yakni emak2 saudara, aku tak sempat mengenali mereka kerana mereka meninggal muda. Arwah datuk juga tak sempat aku kenal , beliau meninggal sebelum aku dilahirkan. Yang aku sempat kenal dan sempat bermanja ialah arwah nenek yang aku panggil 'tok'. Beliaulah yang aku cerita pasal gobek dalam siri pertama yang lalu. Tok meninggal dalam tahun 1968. Sepupu2 aku sebelah ayah ada tiga orang saja, dua dah meninggal.
Arwah ayah pada usia remajanya dihantar mengaji agama di Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum Perang Jepun. Beliau ada kenalan orang2 Kota Bharu pada waktu itu yang sama2 mengaji dengan beliau . Antara kawan beliau yang aku masih ingat ialah Haji Nik Yahya iaitu pengasas sekolah Naim Lilbanat Kota Bharu. Kalau ke Kota Bharu bersama arwah emak, kita orang singgah di rumah Haji Nik Yahya di Jalan Kelocor. Rumahnya besar, rumah batu dua tingakat. Aku suka ke sana sebab boleh main air paip dan main on off on off lampu elektrik. Pada waktu itu bandar Kota Bharu sebahagiannya bertumpu di kawasan tepi sungai Kelantan di antaranya kawasan yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Kawasan Kubang Pasu, jalan Merbau, jalan Kelocor dan yang berhampiran dengannya. Jadi mereka yang berasal dari kawasan2 ini dipanggil orang 'hilir' atau orang bandar , lain2 itu orang 'darat' atau kampungan macam orang kampung akulah .
Lepas belajar di Masjid Muhammadi, kalau tak silap aku, arwah ayah sambung di pengajian pondok arwah datuk sebelah emak. Kemudian berkahwin dan seterusnya bersama arwah emak berangkat ke Mekah untuk selama dua tahun sepertimana yang aku kisahkan dalam siri sebelum ini.
mcm aiman jer..suka main lampu on off on off
ReplyDeleteahahahaa...daratsss tehhhh ;p
ReplyDeletemcm chumel je suke main on off on off..ahaha...like grandpa like grandson~~