Mungkin ada yang nak tanya macamana aku boleh ceritakan kisah2 lama berkenan perjalanan kedua2 orang tua aku ke Mekah tahun 1930ah dahulu, sedangkan mereka berdua sedah lama pulang ke rahmatullah. Sebenarnyaa semua cerita2 ini , setakat mana yang aku masih ingat , adalah kisah2 yang arwah emah pernah ceritakan kepada aku 50 tahun dahulu, semasa aku masih kecil dan masih tinggal bersama mereka di kampung. Bila berumur sebelas tahun aku tidak lagi tinggal bersama mereka di kampung, aku tinggal bersama kakak iaitu setelah bersekolah di bandar Kota Bharu .Bab ini akan aku ceritakan khusus dalam siri akan datang. Arwah emak bila bercerita pasal Mekah atau apa saja berkaitan dengan Mekah, beliau akan teruja dan penuh bersemangat, kalau demam pun boleh kebah. Maklumlah pada masa itu mereka berdua saja yang dah berhaji selain arwah datuk dan arwah nenek.
Aku masih ingat, kalau ada anak2 gadis kampung yang nak khatam Quran , arwah emak akan dijemput hadir untuk pakaikan pakaian haji kepada gadis tersebut , siap denagn tudung kepala hajjah , jubah dan sebagainya. She really enjoyed doing this . Agaknya kalau beliau masih ada waktu anak aku Dr Elyn khatam Quran sebelum dinikahkan dengan Dr Wan Azdi dalam tahun 2004 dulu, sudah tentu beliau akan lakukan perkara yang sama.
buat la paragraph selang2....senang sket nak baca. idok ler nmpk panjang sgt ye wahai abh ku :)
ReplyDelete