Wednesday, 23 March 2011

MASA KECIK2 SIRI LAPAN

Ingat tak cerita pokok sawo nilo yang banyak di depan rumah aku itu? Ya , pokok sawo nilo itu rajin sekali berbuahnya. Tak kira musim. Buah2 yang dah tua kita orang petik, kemudian peram dalam tempayan 'spare' yang arwah emak tak pakai untuk simpan air atau untuk 'jeruk' buah pinang. Memeram buah sawo nilo ni kena tau tekniknya, tak boleh guna sebarang daun untuk dibuat penutup tempayan. Biasanya aku guna daun getah atau daun 'napir'. Pantang guna daun pisang takut nanti sawo nilo tak masak , jadi 'kerang'. Agaknya daun getah atau daun napir banyak release agas 'acytelene' { C2H2 }yang membantu proses pemeraman. Biasanya tiga malam tempayan sudah boleh dibuka dan sawo nilo dah cukup masak untuk dimakan.

Kalau berlebih, kadang2 arwah emak suruh  jual sawo nilo tersebut kepada jiran2 yang berminat. Kalau tak silap, aku  jual 10 biji untuk 10 sen. OK lah tu untuk standard kampung pada waktu itu. Ada seorang jiran yang aku panggil Tok Esoh Tuli, dia ni suka beli buah sawo nilo yang belum diperam. Jadi kenalah jual lagi murah, 15 biji untuk 10 sen. Katanya nak peram sendiri. Pandai dia. Tok Esoh Tuli ni seperti juga Wak Limoh, suka berkemban bila  datang ke rumah aku ketika nak beli sawo nilo. Satu perkara yang istimewa Tok Esoh tuli ni, dia selalu sangat 'histeria' terjerit terlolong bila datang menjenguk sesiapa saja orang kampung yang sakit demam. Tak tau lah apa masalah dia. Orang lain yang sakit dia pula yang menjerit.

Ada satu mitos orang kampung berkait buah sawo nilo. Bila makan kena hati2, takut tertelan bijinya. Kalau tertelan biji dia, lama2 akan tumbuh dalam perut dan anak pokok  sawo nilo akan tumbuh melalui mulut. Masa itu aku tak dapat bayangkan jika  ada pokok yang tumbuh dalam perut lalu daun2 dan pucuknya keluar ikut mulut. Memang takut yang amat sangat. Sebenarnya orang tua suruh kita berhati2 bila makan, jangan gelojoh sebab biji sawo nila ni  besar ukurannya,keras dan bentuknya berbucu agak tajam.  Bukan macam biji jambu yang kecik2, boleh telan walau banyak manapun, tapi 'torture' dibuatnya  bila   nak keluar nanti.

Sunday, 13 March 2011

MASA KECIK2 SIRI TUJUH

Arwah ayah untuk menambahkan pendapatan sekali sekala buat ' nyiur kering ' atau kopra. Arwah ayah beli buah2 nyiur di pokok dari orang kampung, masa itu 10 sen sebiji. Kena upah pula Jusuh Beruk untuk petik. Yang panjat kelapa bukan Jusuh, tapi beruk dia. Aku lupa berapa upahnya. Yang aku masih ingat arwah ayah beli kelapa secara hutang, dibayar bila dah jual 'nyiur kering'nya.
Kadang2 seronok juga bila kena tolong arwah ayah punggut buah2 kelapa untuk dibawa ke tempat menyalai di depan rumah kita orang. Kudrat aku masa itu hanya mampu angkut sebiji kelapa saja sekali angkut. Time pecahkan buah kelapa paling seronok sebab nak cari buah kelapa yang ada 'tumbung', boleh makan. Isi kelapa yang dah dikopek disalai di atas penyalai. Satu minggu sudah jadi 'nyiur kering', masuk guni jalur dan panggil Cina Kota Bharu yang datang beli dan muat dalam van. Dari hasil jualan yang tak seberapa dengan sedikit untung,   arwah ayah belilah  apa2 keperluan dapur dan benda2 lain untuk kegunaan sekeluarga.

Dengan pendapatan arwah ayah yang tak seberapa itu, dapatlah menghantar kakak kedua yang aku panggil "Kak Nik" untuk bersekolah di Sekolah Arab Naim Lilbanat di Kota Bharu. Mengikut Kak Nik, waktu aku dalam dukungan, mungkin sebelum berumur setahun, beliau sudahpun belajar di sekolah Naim, aku kira tahunnya 1953.  Kak Nik tinggal bersama rakan2 ssatu sekolah, menyewa pondok kayu di sebelah rumah Haji Nik Yahya di Jalan Kelocor seperti yang aku kisahkan sebelum ini. 

Kerap juga arwah ayah  berbasikal ke tempat Kak Nik untuk hantar beras, kelapa dan kayu api dan mungkin sedikit duit saku. Kalau arwah ayah tak ke tempatnya,  Kak Nik akan balik di hujung minggu untuk ambil bekalan ration tersebut. Bila Kak Nik balik, aku paling seronok sebab sudah tentu dia akan bawa ole2 dari Kota Bharu kegemaran aku seperti 'biskut hancur ', jagung rebus, kacang rebus dan kadang2 buah pauh siam. Itu saja yang Kak Nik mampu beli. Itu pun mungkin Kak Nik berjimat yang amat sangat dari wang sakunya supaya dapat menggembirakan adiknya ini yakni AKU.  Thank you very very much Kak Nik.. Semoga Allah swt selalu merahmati Kak Nik

Kakak sulung dan kedua2 abang hanya bersekolah sekerat jalan saja. Habis sekolah rakyat di kampung , kakak sulung tak sambung ke mana2 walaupun mengikut ceritanya sendiri kepada aku, kakak sulung yang aku panggil Kak Wan layak untuk memohon memasuki kolej yang melatih guru2 perempuan  Melayu. Kedua2 abang pula hanya belajar separuh  jalan saja  di  Maahad Muhammadi Kota Bharu. Aku tak pasti kenapa mereka berdua berhenti belajar, mungkin gagal dalam peperiksaan atau  memang dah  tak berminat.

Wednesday, 9 March 2011

MASA KECIK2 SIRI ENAM

Keluarga aku bukanlah orang berada, cukup2 makan. Arwah ayah tak ada pendapatan tetap. Beliau hanya guru agama kampung, guru Quran di rumah, imam solat dan semuanya TAK BERGAJI.  Tapi aku tetap ingat arwah ayah tak pernah mengeluh walau kadang2 memang tak ada duit satu sen pun dalam tangan. Punca pendapatan yang sememangnya tak seberapa dan tak menentu datangnya dari upah menajahit, jualan hasil2 pertanian bermusim seperti  rambutan , sayur2 , ubi, halia dan sebagainya. Tapi kami tak pernah kebuluran kerana beras sentiasa ada kerana padi tanam sendiri. Inilah apa yang disebut subsistence agriculture' atau pertanian cukup makan. 

Arwah ayah anak lelaki tunggal dalam keluarga tiga beradik. Tapi adik2 ayah yakni emak2 saudara, aku tak sempat mengenali mereka kerana mereka meninggal muda. Arwah datuk juga tak sempat aku kenal , beliau meninggal sebelum aku dilahirkan. Yang aku sempat kenal dan sempat bermanja ialah arwah nenek yang aku panggil 'tok'. Beliaulah yang aku cerita pasal gobek dalam siri pertama yang lalu. Tok meninggal dalam tahun 1968. Sepupu2 aku sebelah ayah ada tiga orang saja, dua dah meninggal.

Arwah ayah pada usia remajanya  dihantar mengaji agama di Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum Perang Jepun. Beliau ada  kenalan orang2 Kota Bharu pada waktu itu yang sama2 mengaji dengan beliau . Antara kawan beliau yang aku masih ingat ialah Haji Nik Yahya iaitu pengasas sekolah Naim Lilbanat Kota Bharu. Kalau ke Kota Bharu bersama arwah emak, kita orang singgah di rumah Haji Nik Yahya di Jalan Kelocor. Rumahnya besar, rumah batu dua tingakat. Aku suka ke sana sebab boleh main air paip dan main on off on off lampu elektrik.  Pada waktu itu bandar Kota Bharu sebahagiannya bertumpu di kawasan tepi sungai Kelantan di antaranya kawasan yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Kawasan Kubang Pasu, jalan Merbau, jalan Kelocor dan yang berhampiran dengannya. Jadi mereka yang berasal dari kawasan2 ini dipanggil orang 'hilir' atau orang bandar ,  lain2 itu orang 'darat' atau kampungan macam orang kampung akulah .

Lepas belajar di Masjid Muhammadi, kalau tak silap aku, arwah ayah sambung di pengajian pondok arwah datuk sebelah emak. Kemudian berkahwin dan seterusnya bersama arwah emak berangkat ke Mekah untuk selama dua tahun sepertimana yang aku kisahkan dalam siri sebelum ini.

Saturday, 5 March 2011

MASA KECIK2 SIRI LIMA

Aku tak pasti sejak umur berapa aku mula mengingati kisah2 yang berlaku di sekeliling ku yang aku jadikan bahan untuk siri masa kecik2 yang sedang kau orang baca ini. Yang jelas, perkara2 yang berkesan di hatilah yang tetap aku ingat dan dijadikan bahan utama dalam kisah2 bersiri  ini.

Ya,  aku masih ingat pasal keadaan sekitar rumah aku.' Baiti jannati'. Di depan rumah banyak pokok2 buah2an yang jarang2 ditemui di rumah2 orang lain. Tak taulah mungkin arwah ayah suka menanam pokok2 yang jarang2 ditanam orang lain atau memang sebelumnya telah ditanam oleh arwah datuk sebelah emak.

Pokok2 buah2an yang masih aku ingat : setiar iaitu segenus dengan sentul, gelugur tapi liat nak berbuah. Satu ketika aku masih ingat bila peristiwa bulan gerhana, tahun tak ingat, kita orang takik2 batang gulugur supaya  berbuah. Tapi tak juga berbuah. Yang aku ingat kemudiannya arwah ayah tebang pokok gelugur tersebut. , katanya buat menyemak saja. Kemudian ada juga pokok katak puru, limau bali, sawo nilo, limau manis yang buahnya masam bedohong. Dekat telaga pula ada sebatang pokok kawo. Pokok kawo adalah pokok kopi, tapi orang kampung aku sebut kawo, diambil dari nama Arab ' qohwa' yang telah diKelantankan..

Satu perkara yang sangat ketara dalam pembinaan rumah2 di kampung aku iaitu boleh dikatakan semua rumah dibina mengadap ke sebelah timur, yakni  sebelah matahari naik. Senang nak tentukan arah kiblat, Betul juga alasannya. Bila disebut di depan rumah berarti di sebelah timur rumah. 

Berdekatan dengan rumah aku,  terletak surau arwah datuk. Binaannya sederhana saja, dari kayu, yang simen cuma kolah tempat ambil wuduk.  Surau kita orang panggil 'balassoh'. Aku tak tau macam mana orang kampung aku panggil surau  tu balassoh. Entah  dari bahasa apa. Sanskrit kot! Datuk aku namanya Tuan Guru Haji Wan Ismail, pernah mengaji di Mekah 23 tahun kalau tak silap. Beliau beristeri dua. Arwah emak anak kedua dari isteri pertama. Arwah datuk buka sekolah pondok. Salah seorang murid kepercayaanya adalah arwah ayah aku. Agaknya sebab itulah diambil arwah ayah jadi menantunya. 

Masa kecik2 sehingga berumur enam tahun, aku anak manja emak sebab aku anak laki bungsu dan masa itu belum ada adik Aku ingat2 lupa bahawa aku masih menetek walau dah  besar, agaknya masa itu umur dah empat tahun.
 

MASA KECIK2 SIRI EMPAT

Bercerita mengenai rumah  aku  yang tak ada jamban itu, binaannya sangatlah sederhana. Rumah kayu tipikal rumah kampung di Kelantan waktu itu iaitu mesti bertiang, tapi taklah sampai seribu. Lantai kayu, dinding kayu, bahagian dapur dinding dari buluh yang dianyam, tak ada celing terus nampak bata genting yang jenis tipis popular di Kelantan dan selatan Thai.

Ada pula bahagian 'open air' dalam rumah yang dipanggil 'jemuran'. Lantai jemuran ini dibuat dari belahan batang nibung atau batang pinang. Sekali sekala kaki aku  terjerlus bila susunannya tidak rapat. Fungsi jemuran: tempat arwah emah jemur padi yang dibentangkan dalalm belulang lembu, tempat letak tempayan2 yang diisi  air dari perigi atau air hujan untuk cuci kaki, basuh pinggan dan AIR MINUM. Kalau nak kencing di waktu malam, kami kencing atas jemuranlah. Di bawah jemuran selalu ada  air bertakung, kotor dan berwarna hitam, aku panggil ' air ca' . Walaupun kotor, kalau terjatuh sudu atau apa saja hatta kalau ikan yang sedang disiang sekalipun ke dalamnya, terpaksa aku kena turun ambilkan.

Perabut yang ada hanya jenis murah iaitu sebuah lemari pakaian, sebuah lemari untuk menyimpan kitab2 agama arwah ayah, sebuah mesin jahit Singer antik, katil dan meja tulis made in kampung Tapang.

Ruangan dapur hanya didindingi oleh dinding dari buluh yang dianyam, senang untuk arwah emak gantung senduk, sodek,  periuk dan sebagainya. Tinggi dinding buluh ini tidaklah sampai ke perabung, jadi ada ruang kosong yang jadi laluan angin. Bila malam' airy' macam ada aircon!. Tapi kalau hujan tentu tempias. Pada satu malam ada seekor burung hantu datang bertenggek kat atas dinding buluh ini, agaknya nak cari tikus yang banyak di bawah dapur. Walaupun ia singgah sekejap terkejut sakan kita orang, kebetulan waktu itu arwah ayah tiada di rumah,  sedang bermusafir ke Kedah. Nasib baik burung saja , kalau dibawanya hantu sekali tak tau nak jadi apa!

Arwah emak masak menggunakan  dapur kayu yang dibuat berbentuk seperti meja empat segi. Di atas dapur penuh dengan abu dan arang, kadang2 sempat juga kucing berak di atasnya.  Di bawah dapur tempat simpan kayu api, sebab itu banyak tikus.

Di sebelah ruang dapur ada satu ruang khas dengan dinding bilah kayu jenis murah yang disusun jarang2 untuk tempat budak2 kampung belajar  ngaji Quran. Budak2 yang datang ngaji kena angkut air dari perigi/telaga  terlebih dulu, penuhkan tempayan2  baru boleh masuk ngaji,  sebab itu air tempayan selalu tak kehabisan hingga kadang2 sempat jadi tempat jentik2 berenang.

Di bawah rumah atau kolong dijadikan tempat   simpan basikal unta arwah ayah, tempat pengisar padi, ada reban ayam itik dan tempat tambat lembu bila  malam.

Di depan rumah ada sebuah pondok kecil bertiang empat dan dibuat sepenuhnya dari kayu serta beratapkan zinc. Itulah rumah padi atau baloh iatu tempat simpan padi lepas musim menuai. Kalau di Amerika orang panggil silo!. Di bawah baloh penuh dengan taik kambing kerana disitulah juga tempat tambat kambing dan biri2 bila malam.

Thursday, 3 March 2011

MASA KECIK2 SIRI TIGA

Mungkin ada yang nak tanya macamana aku boleh ceritakan kisah2 lama berkenan perjalanan kedua2 orang tua aku ke Mekah tahun 1930ah dahulu, sedangkan mereka berdua sedah lama pulang ke rahmatullah. Sebenarnyaa semua cerita2 ini , setakat mana yang aku masih ingat , adalah kisah2 yang arwah emah pernah ceritakan kepada aku  50 tahun dahulu, semasa aku masih kecil dan masih tinggal bersama mereka di kampung. Bila berumur sebelas tahun aku tidak lagi tinggal bersama mereka di kampung, aku tinggal bersama kakak iaitu setelah bersekolah di bandar Kota Bharu .Bab ini akan aku ceritakan khusus dalam siri akan datang.  Arwah emak bila bercerita pasal Mekah atau apa saja berkaitan dengan Mekah, beliau akan teruja dan penuh bersemangat, kalau demam pun boleh kebah. Maklumlah pada masa itu mereka berdua saja yang dah berhaji selain arwah datuk dan arwah nenek.
Aku masih ingat, kalau ada anak2 gadis kampung yang nak khatam Quran , arwah emak akan dijemput  hadir untuk pakaikan pakaian haji kepada gadis tersebut , siap denagn tudung kepala hajjah , jubah dan sebagainya. She really enjoyed doing this .  Agaknya kalau beliau masih ada waktu anak aku Dr Elyn khatam Quran sebelum dinikahkan dengan Dr Wan Azdi  dalam tahun 2004 dulu, sudah tentu beliau akan lakukan perkara yang sama.

MASA KECIK2 SIRI DUA

Kata arwah emak , semasa aku dilahirkan arwah ayah sudahpun berangkat ke Mekah untuk tunai haji kali kedua. Katanya lagi arwah ayah berangkat melalui Bangkok, Singapura,  (kemungkinan, agak aku)  melalui Colombo, Aden seterusnya Jeddah dan terus ke Mekah. Masa itu mana ada kapal haji, yang ada hanya kapal barang yang berulang alik antara far east dengan Eropah. Jadi jemaah haji kena tumpang kapal barang.  Arwah ayah ke Mekah kali pertama bersama arwah emak  awal tahun 30an iaitu sebaik saja mendirikan rumahtangga, untuk mengerjakan ibadah haji dan mendalami ilmu agama. Semasa di Mekah arwah emak  ambil upah menjahit untuk tampung perbelanjaan  mereka.  Kakak sulung lahir di Mekah, tapi meninggal ketika masih bayi, arwah emak kata tak tahan cuaca panas. Arwah emak dan arwah ayah sempat dua kali haji.
Aku tak dapat nak bayangkan betapa susahnya arwah emak dan arwah ayah berangkat ke Mekah awal tahun 1930an dulu. Dulu kemudahan transport tak semacam sekarang. Dari segi perbelanjaan mungkin kedua2 orang tua mereka iaitu datuk nenek aku yang sponsor kot, atau mungkin terpaksa jual tanah sawah. Mengikut cerita arwah emak, mereka berangkat dari stesen keretapi Kota Bharu iaitu samada di Tumpat atau Palekbang terus ke Singapura, tak tau berapa hari baru sampai . Di Singapura mereka menginap di rumah Syeikh yang uruskan perjalanan mereka ke Mekah, katanya lama juga makan berminggu2 sementara tunggu kapal barang dari Jepun yang akan bawa mereka ke Jeddah. Arwah emak selalu cerita kehebatan kota Singapura masa itu. Katanya ada orang batu bersaiz besar di tepi laut. Aku agak itu patung Raffles lah tu. Beliau sangat tertarik dengan ' peti' yang boleh menyanyi. Yang ini aku agak 'phonogram' kot. Selepas beberapa minggu di Singapura mereka berangkat ke Jeddah dengan kapal barang  dari Jepun, singgah di Socotra, Colombo, Aden , masuk laut Merah dan tiba di Jeddah untuk seterusnya ke Mekah. Berbulan2 juga di atas kapal. Siap bawa beras, bawang, ikan kering untuk masak di atas kapal. Kalau kapal berhenti lenguh di tengah laut, penumpang boleh memancing untuk dapatkan supply ikan segar. Emak pernah cerita ada seorang bakal haji yang pandai sebut 'yes' 'no' 'alright', selalu dapat biskut free dari kakitangan kapal berbangsa Inggeris.
Dari Mekah ke Madinah pada masa itu mereka naik unta. Balik ke Mekah pun naik unta. Arwah emak kata dekat sebulan juga masa perjalanan Mekah-Madinah dengan unta. Bas walaupun ada mahal sangat. Agaknya bagaimanalah  bentuk bas tahun 1930. Boleh bayangkan bagaimana susahnya mereka dalam perjalanan, makannya, mandinya buang air dan sebagainya. Yang kesiannya Arab tuan punya unta berjalan kaki. Arwah emak dan arwah ayah duduk berdua dalam ' sekedup' atas belakang unta. Tapi itulah kegigihan kedua2 orang tua aku dalam menjalankan ibadat dan ketaatan mereka kepada Allah dan RasulNya. Doa aku semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh2 mereka bersama roh2 para salihin dan solehah. Amin

Wednesday, 2 March 2011

MASA KECIK2

Aku dilahirkan dlm tahun 1952 dari pasangan almarhum Haji Daud Bin Yusof( meninggal 1970) dan almarhumah Hajjah Wan Latifah Bt Hj Wan Ismail ( meninggal 1984). Aku anak kelima dari tujuh adik beradik, tiga lelaki dan empat perempuan. Kampungku namanya Kampung Belukar, tapi oleh kerana letaknya bersebelahan dengan Kampung Tapang yang lebih dominan, maka ia lebih  dikenali denagn nama Kampung Tapang . Letak kampung aku  hanya lima kilometer saja dari Kota Bharu Kelantan. tapi sehingga tahun 1978 kampung aku ini tersangatlah mundur, tanpa jalan tar, tanpa kemudahan elektrik, tanpa bekalai air paip. Telefon jauh sekali.
Jadi bekalan air didapat dari telaga, tapi airnya jernih, pH 7.1. Untuk menerangi waktu malam, kita orang pakai pelita ayam minyak tanah. Satu botol besar minyak tanah harganya 20 sen saja, boleh tahan dua minggu. Biasanya aruah emak selalu suruh aku beli minyak tanah dari rumah Wak Lat kerana dekat dengan rumah kami. Wak Lat bukan buka kedai runcit tapi dia biasanya beli satu tin minyak tanah setiap kali dia berperaih di Kota Bharu, sudah tentu banyak stok minyaknya,  jadi dia juallah  kepada orang kampung. Agaknya dapatlah dia untung dua tiga puluh sen, cukup untuk beli tembakau rokok daunnya dan tembakau songe untuk  zaujah dia yang aku panggil Wak Limoh . Wak Limoh ni 24 jam berkemban, tapi dah nama juga orang tua, tak ada siapa yang jeling.
Haa satu perkara yang sangat tipikal rumah2 kampung di kampung aku itu ialah rumah2 yang semuanya kayu dibina tanpa jamban, ya tanpa jamban, termasuklah rumah aku jugak. Jadi dimana kau melepas? Oh senang saja, depan rumah aku ada semak senduduk( Melastoma spp)  di bawah pokok2 ciku yang aku panggil pokok sawo nilo. Lepas tu berlarilah  ke perigi yang tak jauh letaknya untuk proses beristinja. Nak kencing, terus melepas tepi perigi saja. Masalahnya kalau nak melepas waktu malam, terpaksalah ajak abang tolong temankan sambil bawa pelita ayam dalam jebok. Kalau lepas musim menuai padi, kita orang melepas kat sawah saja. Kadang2 kalau makan timun cina/tembikai, lepas seminggu kita nampak anak2 timun cina tumbuh dengan suburnya kerana ada cukup baja organik. Kadang2 berebut pokok timun cina dengan abang:  ini timun aku, itu timun kau.  Sebenarnya berebut taik : ini taik aku itu taik kau. Kalau tak dimakan oleh lembu, timun cina akan membesar dan mengeluarkan buah yang enaknya tak terkira hingga menjilat kulit timun.









 

Mukaddimah

Haa hari ni nak mula tulis sbg blogger profesional. Nak tulis pasal politik, aku bukan politikus, nak tulis pasal ekonomi, aku bukan ekonomis, nak tulis pasal agama, aku sendiri pun tgh belajar lagi. Nak tulis pasal sosial, aku bukan sosialis. Nak tulis pasal kuda, aku bukan ada dijangkiti kudis, nak tulis pasal seks, aku bukan seksis. So aku nak tulis pasal aku sendiri lah. zaman kecik2, zaman sekolah rendah, menengah, zaman muda2, zaman remaja, zaman dah kerja, zaman kawin tak sempat bercinta, zaman dapat anak, zaman dapat nantu, zaman dapat cucu.

Haa kenapa pilih nama GOBEK TEMBAGA? Nak tau ke? Orait.
Gobek itu (read: go back) adalah sejenis peralatan yang digunakan oleh orang dulu2, warga maslah katakan, untuk membantu mereka ketika makan sirih. Tau tak makan sirih tu bagaimana? Makan sirih tu biasanya oleh wanita2 berumur di kampung2  dulu2. Yang dimakan: daun sirih dicalit sedikit kapur ( CaCo3), sedikit gambir dan  irisan pinang( Areca catechu). Yang ada gigi OKlah, boleh kunyah. Yang ompong macam aruah nenek saya dulu, terpakasalah guna GOBEK untuk hancurkan ramuan tadi , bila dah hancur baru boleh makan. Caranya: Masukkan daun sirik bersama ingredient2 tadi kedalam gobek, kemudian gobeklah sepuas2 hingga hancur lumat. Aruah nenek saya dulu gobeknya dari buluh  species kecil kira2 saiz lengan Aiman cucu saya yang dok Kuantan tu. Penggobeknya juga dari buluh . Menggobek tu semacam kita menumbuk sesuatu dgn lesung.
Bagi yang kaya , gobeknya tu dibuat dari tembaga, Cu, copper.Tentu specialkan. Tak berkarat. Tapi disadvantagenya gobek tembaga ni kalu dah barbau busuk, susah nak hilang, sebab tembaga sejenis logam yang boleh serap bau. Ada satu cerita di kampung saya dulu2. Seorang cucu yang nakal telah dengan sengaja melepaskan KENTUTnya ke dalam gobek tembaga neneknya. Apa lagi bau kentutnya tak hilang2 sampai termuntah neneknya bila makan sirih yang telah digobek dgn gobek kontaminated dgn kentut cucunya.