Wednesday, 2 March 2011

MASA KECIK2

Aku dilahirkan dlm tahun 1952 dari pasangan almarhum Haji Daud Bin Yusof( meninggal 1970) dan almarhumah Hajjah Wan Latifah Bt Hj Wan Ismail ( meninggal 1984). Aku anak kelima dari tujuh adik beradik, tiga lelaki dan empat perempuan. Kampungku namanya Kampung Belukar, tapi oleh kerana letaknya bersebelahan dengan Kampung Tapang yang lebih dominan, maka ia lebih  dikenali denagn nama Kampung Tapang . Letak kampung aku  hanya lima kilometer saja dari Kota Bharu Kelantan. tapi sehingga tahun 1978 kampung aku ini tersangatlah mundur, tanpa jalan tar, tanpa kemudahan elektrik, tanpa bekalai air paip. Telefon jauh sekali.
Jadi bekalan air didapat dari telaga, tapi airnya jernih, pH 7.1. Untuk menerangi waktu malam, kita orang pakai pelita ayam minyak tanah. Satu botol besar minyak tanah harganya 20 sen saja, boleh tahan dua minggu. Biasanya aruah emak selalu suruh aku beli minyak tanah dari rumah Wak Lat kerana dekat dengan rumah kami. Wak Lat bukan buka kedai runcit tapi dia biasanya beli satu tin minyak tanah setiap kali dia berperaih di Kota Bharu, sudah tentu banyak stok minyaknya,  jadi dia juallah  kepada orang kampung. Agaknya dapatlah dia untung dua tiga puluh sen, cukup untuk beli tembakau rokok daunnya dan tembakau songe untuk  zaujah dia yang aku panggil Wak Limoh . Wak Limoh ni 24 jam berkemban, tapi dah nama juga orang tua, tak ada siapa yang jeling.
Haa satu perkara yang sangat tipikal rumah2 kampung di kampung aku itu ialah rumah2 yang semuanya kayu dibina tanpa jamban, ya tanpa jamban, termasuklah rumah aku jugak. Jadi dimana kau melepas? Oh senang saja, depan rumah aku ada semak senduduk( Melastoma spp)  di bawah pokok2 ciku yang aku panggil pokok sawo nilo. Lepas tu berlarilah  ke perigi yang tak jauh letaknya untuk proses beristinja. Nak kencing, terus melepas tepi perigi saja. Masalahnya kalau nak melepas waktu malam, terpaksalah ajak abang tolong temankan sambil bawa pelita ayam dalam jebok. Kalau lepas musim menuai padi, kita orang melepas kat sawah saja. Kadang2 kalau makan timun cina/tembikai, lepas seminggu kita nampak anak2 timun cina tumbuh dengan suburnya kerana ada cukup baja organik. Kadang2 berebut pokok timun cina dengan abang:  ini timun aku, itu timun kau.  Sebenarnya berebut taik : ini taik aku itu taik kau. Kalau tak dimakan oleh lembu, timun cina akan membesar dan mengeluarkan buah yang enaknya tak terkira hingga menjilat kulit timun.









 

6 comments:

  1. hahahaha......lawak! berebut "tahi"

    ReplyDelete
  2. thank god i was born in 1986..ahahahaa~


    mek,

    dedi said nk update blog die sekali sehari..let's wait n seeee~

    ReplyDelete
  3. what's so special about 1986?? hehehehe
    wokeh, letssss

    ReplyDelete
  4. salam singgah. saya panggil uncle ye.

    seronok gak baca cerita orang lama-lama ni. :D

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan uncle..

    Selamat memasuki alam berblogging..

    Seronok baca cerita orang2 dulu.

    ReplyDelete
  6. Thanks my dear doters, Dr Elyn and Reena for encouraging comments.

    Kepada gadisBunga dan daddy ziyyad, trima kasih jugaklah kerana meminati cerita orang lama. Saya cuba nak ceritakan setakat yang ingat kisah2 lama, untuk tatapan anak2 saya yang 3 orang tu , dan yang lain2 kalu minat supaya mereka tahu susah senang orang dulu2.

    ReplyDelete