Kata arwah emak , semasa aku dilahirkan arwah ayah sudahpun berangkat ke Mekah untuk tunai haji kali kedua. Katanya lagi arwah ayah berangkat melalui Bangkok, Singapura, (kemungkinan, agak aku) melalui Colombo, Aden seterusnya Jeddah dan terus ke Mekah. Masa itu mana ada kapal haji, yang ada hanya kapal barang yang berulang alik antara far east dengan Eropah. Jadi jemaah haji kena tumpang kapal barang. Arwah ayah ke Mekah kali pertama bersama arwah emak awal tahun 30an iaitu sebaik saja mendirikan rumahtangga, untuk mengerjakan ibadah haji dan mendalami ilmu agama. Semasa di Mekah arwah emak ambil upah menjahit untuk tampung perbelanjaan mereka. Kakak sulung lahir di Mekah, tapi meninggal ketika masih bayi, arwah emak kata tak tahan cuaca panas. Arwah emak dan arwah ayah sempat dua kali haji.
Aku tak dapat nak bayangkan betapa susahnya arwah emak dan arwah ayah berangkat ke Mekah awal tahun 1930an dulu. Dulu kemudahan transport tak semacam sekarang. Dari segi perbelanjaan mungkin kedua2 orang tua mereka iaitu datuk nenek aku yang sponsor kot, atau mungkin terpaksa jual tanah sawah. Mengikut cerita arwah emak, mereka berangkat dari stesen keretapi Kota Bharu iaitu samada di Tumpat atau Palekbang terus ke Singapura, tak tau berapa hari baru sampai . Di Singapura mereka menginap di rumah Syeikh yang uruskan perjalanan mereka ke Mekah, katanya lama juga makan berminggu2 sementara tunggu kapal barang dari Jepun yang akan bawa mereka ke Jeddah. Arwah emak selalu cerita kehebatan kota Singapura masa itu. Katanya ada orang batu bersaiz besar di tepi laut. Aku agak itu patung Raffles lah tu. Beliau sangat tertarik dengan ' peti' yang boleh menyanyi. Yang ini aku agak 'phonogram' kot. Selepas beberapa minggu di Singapura mereka berangkat ke Jeddah dengan kapal barang dari Jepun, singgah di Socotra, Colombo, Aden , masuk laut Merah dan tiba di Jeddah untuk seterusnya ke Mekah. Berbulan2 juga di atas kapal. Siap bawa beras, bawang, ikan kering untuk masak di atas kapal. Kalau kapal berhenti lenguh di tengah laut, penumpang boleh memancing untuk dapatkan supply ikan segar. Emak pernah cerita ada seorang bakal haji yang pandai sebut 'yes' 'no' 'alright', selalu dapat biskut free dari kakitangan kapal berbangsa Inggeris.
Dari Mekah ke Madinah pada masa itu mereka naik unta. Balik ke Mekah pun naik unta. Arwah emak kata dekat sebulan juga masa perjalanan Mekah-Madinah dengan unta. Bas walaupun ada mahal sangat. Agaknya bagaimanalah bentuk bas tahun 1930. Boleh bayangkan bagaimana susahnya mereka dalam perjalanan, makannya, mandinya buang air dan sebagainya. Yang kesiannya Arab tuan punya unta berjalan kaki. Arwah emak dan arwah ayah duduk berdua dalam ' sekedup' atas belakang unta. Tapi itulah kegigihan kedua2 orang tua aku dalam menjalankan ibadat dan ketaatan mereka kepada Allah dan RasulNya. Doa aku semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh2 mereka bersama roh2 para salihin dan solehah. Amin
ohh..i never knew abt it :(
ReplyDeleteal fatihah......
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemoga menjadi pengajaran dan iktibar buat kita.
ReplyDelete